Thursday, December 31, 2009

"MAJLIS MERAIKAN AHLI BARU KELAB PENYAYANG UPM SESI 2010"

Salam....

Kelab penyayang UPM akan mengadakan "Majlis Meraikan Ahli Baru bagi Sesi 2010" yang akan diadakan pada :

Hari : Sabtu
Tarikh : 2 Januari 2010
Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Gazebo UPM

    Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyambut dan meraikan kemasukkan ahli-ahli baru ke Kelab Penyayang Universiti Putra Malaysia sesi 2009/2010.
Di samping itu juga untuk memberi peluang kepada ahli baru untuk mengenali penyelaras, penasihat dan Majlis Jawatankuasa Tertinggi Kelab Penyayang Universiti Putra Malaysia serta merapatkan hubungan antara ahli-ahli baru dan Majlis Jawatankuasa Tertinggi.
   Dalam masa yang sama juga,ahli kelab berpeluang untuk beramah mesra dengan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia iaitu Yang Berbahagia Prof. Dr. Azali bin Mohamed selaku tetamu khas yang hadir pada majlis ini.

Sekian,terima kasih.

"BERSAMA BERBAKTI"


Yang menjalankan tugas,

Adzrean Abd Wahab
Presiden Kelab Penyayang UPM 2009/2010

No comments:

Post a Comment